Apa yang berlaku kepada kulit dengan Shea Butter?
Kekacang Shea Butter @ Mentega Shea |
- Setiap isirumah seharusnya ada sebotol Shea Butter
samada di meja makan atau di dalam kotak kecemasan untuk luka kecil.
- Shea Butter adalah akstrak lemak biji kekacang daripada
Pokok Shea Afrika.
- Krim Shea Butter adalah bebas dari sebarang bahan kimia
dan ia boleh melaksanakan keajaiban ke atas kulit anda.
Krim Shea butter adalah kemestian jika anda menginginkan kulit
yang berseri sepanjang masa. Satu lagi penambahan faktanya ialah ia sangat
mampu milik!!!
Tapi bagaimana anda tahu
Shea butter yang digunakan adalah yang terbaik?
Shea Butter yang terbaik mempunyai bau yang kurang menyenangkan
tetapi keajaibannya ke atas kulit tidak terukur. Ramai pengguna tidak tahan dengan
baunya tetapi hey!! Anda harus bergelut untuk memilih ; samada baunya atau
kesihatan kulit. Saya memilih kulit yang sihat kerana saya menggunakannya
setiap malam sebelum tidur. Apa pun, baunya akan hilang dengan cepat juga.
Kebaikan Shea Butter
Krim Shea Butter ini bukan hanya pelembap tetapi mempunyai
kebolehan untuk memulihkan.
Penggunaan krim ini setiap hari boleh meredakan banyak
permasalahan seperti; garis halus dan kedutan, jangkitan di kulit, alahan pada
kulit, gigitan serangga, selaran matahari, jeragat, gatal-gatal, ruam, krim
selepas cukuran terbaik untuk lelaki, ia mengukuhkan kulit anda dan sebagainya.
Adakah
Shea Butter sesuai untuk semua jenis kulit?
Ya
betul!!! Kecuali anda mempunyai kasus yang istimewa maka harus berjumpa dengan pakar
kulit. Krim kecantikan pelbagaiguna ini boleh digunakan oleh kanak-kanak juga.
Ia adalah alami dan sangat sihat.
Pernah menggunakan Shea Butter? Bagaimana ia berkesan kepada anda?
Terimakasih infonya.
BalasPadamhttps://bit.ly/2Q5UxL2
sama2
Padam