Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2019

Shea Butter Pemangkin Pertumbuhan Rambut

Imej
Pokok Mentega Shea Shea butter sangat kaya dengan bahan aktif pelembap, vitamin dan acid lemak berguna untuk kulit dan rambut. Dalam bentuk asalnya, shea butter adalah kental, warna kekuningan mentega dan mencair pada suhu badan. Kandungan bahan anti radang semulajadi menjadi nutrisi pilihan untuk merawat kulit kepala serta membantu merangsang pertumbuhan dan kesihatan rambut. Shea butter berasal dari pokok shea-karite. Kekacang dari pokok ini dikutip, dinyahcengkerang, digiling dan ditumbuk. Kekacang shea hancur tersebut akan direbus untuk masa yang lama sehingga lemak, atau shea butter, timbul di bahagian atas rebusan tersebut. Shea Butter tak bertapis tulen (pure unrefined) yang berkhasiat ini disenduk keluar dari rebusan dan dibiarkan sejuk. Jenis 100 % Mentega Shea Tulen Tidak Bertapis Menurut American Shea Butter Institute (ASBI), Shea butter tulen adalah berwarna krim kekuningan, pekat dan senang disapukan. Shea Butter juga mem

Pengenalan - Shea Butter

Imej
Mentega Shea atau Shea Butter  Pengenalan Video Shea Butter Episod1 Intro Shea butter adalah ekstrak lemak dari kekacang pokok shea (Vitellaria paradoxa) yang hanya tumbuh di Afrika Barat . Secara fizikal, ia adalah kental, berwarna kekuningan mentega, mencair pada suhu badan serta mempunyai bau yang sangat unik.  Ia telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu kerana kebolehan yang menakjubkan untuk melindungi, memulihkan dan melembapkan kulit kering. Terdapat juga nota sejarah yang menyebut mengenai Cleopatra yang membawa bersama balang-balang besar berisi shea butter untuk melindungi kecantikannya yang terunggul merentasi panas melampau padang pasir di Mesir. Pemprosesan Kesimpulannya, shea butter adalah hasil kraftangan tradisi ulung penghasilan shea butter organik bergred tinggi yang dapat mengekalkan sifat penyembuhannya serta bebas dari sebarang bahan pencemar. Ekstrak Shea Butter adalah hasil kraftangan tradisi wanita Afrika. Proses p