Pengenalan - Shea Butter



Mentega Shea atau Shea Butter 



Pengenalan

Video Shea Butter

Episod1

Intro
Shea butter adalah ekstrak lemak dari kekacang pokok shea (Vitellaria paradoxa) yang hanya tumbuh di Afrika Barat . Secara fizikal, ia adalah kental, berwarna kekuningan mentega, mencair pada suhu badan serta mempunyai bau yang sangat unik. 
Ia telah digunakan sejak beribu-ribu tahun dahulu kerana kebolehan yang menakjubkan untuk melindungi, memulihkan dan melembapkan kulit kering. Terdapat juga nota sejarah yang menyebut mengenai Cleopatra yang membawa bersama balang-balang besar berisi shea butter untuk melindungi kecantikannya yang terunggul merentasi panas melampau padang pasir di Mesir.

Pemprosesan
Kesimpulannya, shea butter adalah hasil kraftangan tradisi ulung penghasilan shea butter organik bergred tinggi yang dapat mengekalkan sifat penyembuhannya serta bebas dari sebarang bahan pencemar.

Ekstrak Shea Butter adalah hasil kraftangan tradisi wanita Afrika. Proses pembuatan TANPA menggunakan apa-apa bahan atau larutan kimia. Pertama, kekacang yang gugur di dasar pokok Shea  akan dikumpulkan dengan tangan kerana tidak pernah dipetik dari pokok sejak dahulu lagi. Kekacang rosak diasingkan dijemur sehingga kering  di bawah matahari untuk mengeluarkan minyak.

Proses pembuatan TANPA menggunakan apa-apa bahan atau larutan kimia. Petani akan mengumpul dan mengasingkan kekacang shea yang gugur dari pokok, menjemur, menghancurkan dengan grinder, direbus hingga lemak mentega terapung di permukaan. Seterusnya, mentega tersebut akan dipukul dengan tangan serta ditapis untuk memisahkan bendasing dari ekstrak shea tersebut.

Setelah dikumpulkan, buah rosak akan diasingkan melalui proses pemilihan dan seterusnya dijemur
kerana Hampir keseluruhan proses mengekstrak Shea Butter dilaksanakan dengan menggunakan tangan. Biji kekacang Shea Butter dikumpul dan dijemur di bawah terik matahari sehingga kering. Kemudian, ia dihancurkan dengan lesung kayu atau mesin 'grinder'. Selepas itu, ia direbus untuk mengasingkan ekstrak Shea Butter tersebut. Ekstrak dibiarkan menyejuk dan seterusnya diuli membentuk bebola Shea sebelum dipasarkan kepada pelanggan.

Bahan Aktif 
Shea Butter  terbahagi kepada 2 pecahan utama iaitu Pecahan Pemulihan(saponify) yang merangkumi lebih dari 90% bahan aktif seperti Triglycerides, Diglyserides dan Monoglycerides yang semuanya merupakan Acid Lemak C. 
Pecahan Pelembap Pecahan Pemulihan (non-saponify) pula mengandungi kurang dari 10% bahan aktif seperti Vitamin A, E & F, Cinnamic Acid, Phytosterols dan latex. 
Sifat pemangkin pengeluaran kolagen asli tuboh di dalam shea butter menjadikannya produk semulajadi yang sangat baik untuk membantu menyembuhkan luka dan mengurangkan kesan parut.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengenalan : Apa itu Mentega Shea?

Khasiat dan kebaikan penggunaan Shea Butter?