Merawat Ekzema
Rahsia Alam Semulajadi Secrets Of Nature
Shea Butter Merawat Ekzema
Shea Butter sangat kaya dengan lemak minyak dari pokok karate
(dikenali juga sebagai pokok shea). Ia kerap dikaitkan sebagai penyelesaian
kepada pelbagai masalah kulit, kesihatan dan isu-isu kesihatan rambut.
Diperolehi dari benih pokok shea (Vitellaria paradoxa) yang
berasal dari Afrika Barat dan Tengah. Mentega Shea wujud
dalam keadaan padat pada suhu bilik dan menyerupai ais krim karamel keras.
Sudah tentu tidak enak rasanya tetapi lebih berfaedah kepada tubuh.
Baru-baru ini, shea butter telah mendapat populariti yang
besar di dunia barat kerana penggunaannya yang meluas dalam beberapa produk
kecantikan, seperti losyen, kosmetik, shampoo, dan perapi.
Mari kita ketahui lebih lanjut
mengenai keajaiban mentega shea dan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada
anda.
Pelembap
Shea Butter asli mempunyai tekstur kaya dan mengkagumkan serta
daya serapan kulit yang baik dan melembapkan semua jenis kulit. Kulit kering
atau kasar yang memerlukan pelembap, terutamanya pada kawasan yang lebih sukar
seperti siku, lutut, dan kaki boleh bergantung kepada bahan ajaib ini.
Penyembuhan
Vitamin A dan E dan sifat pemangkin pengeluaran kolagen di
dalam shea butter memjadikannya produk semulajadi yang sangat baik untuk
membantu menyembuhkan luka dan mengurangkan kesan parut.
Melegakan Kesakitan Kulit
Vitamin A dalam Shea Butter sangat baik untuk memperbaiki
kecacatan kulit, alahan, selaran mentari yang mencucuk, kedutan, gigitan
serangga dan banyak lagi. Sapukan minyak ‘emas’ di kawasan yang terjejas.
Tips:
Merawat Kerosakan Rambut
Mentega Shea sangat baik sebagai perapi rambut. Ia juga tidak
meninggalkan rambut anda kelihatan seperti berminyak. Ia boleh membantu
melindungi rambut anda daripada mengering dalam keadaan panas dan mengurangkan
rambut keriting. Shea Butter menggalakkan pertumbuhan rambut, mengurangkan
kerosakan dan penipisan rambut. Cairkan Shea Butter secukupnya dengan jari
anda, kemudian sapukan serta urutkan shea butter ke kulit kepala anda dan biarkan
selama 20-30min. Bilas atau cuci rambut.
Ulasan
Catat Ulasan