Merawat Ekzema

Rahsia Alam Semulajadi Secrets Of Nature

Shea Butter Merawat Ekzema

Shea Butter sangat kaya dengan lemak minyak dari pokok karate (dikenali juga sebagai pokok shea). Ia kerap dikaitkan sebagai penyelesaian kepada pelbagai masalah kulit, kesihatan dan isu-isu kesihatan rambut.

Diperolehi dari benih pokok shea (Vitellaria paradoxa) yang berasal dari  Afrika Barat dan Tengah. Mentega Shea wujud dalam keadaan padat pada suhu bilik dan menyerupai ais krim karamel keras. Sudah tentu tidak enak rasanya tetapi lebih berfaedah kepada tubuh.

Baru-baru ini, shea butter telah mendapat populariti yang besar di dunia barat kerana penggunaannya yang meluas dalam beberapa produk kecantikan, seperti losyen, kosmetik, shampoo, dan perapi.


Mari kita ketahui lebih lanjut mengenai keajaiban mentega shea dan bagaimana ia dapat memberi manfaat kepada anda.


Pelembap
Shea Butter asli mempunyai tekstur kaya dan mengkagumkan serta daya serapan kulit yang baik dan melembapkan semua jenis kulit. Kulit kering atau kasar yang memerlukan pelembap, terutamanya pada kawasan yang lebih sukar seperti siku, lutut, dan kaki boleh bergantung kepada bahan ajaib ini.

Penyembuhan
Vitamin A dan E dan sifat pemangkin pengeluaran kolagen di dalam shea butter memjadikannya produk semulajadi yang sangat baik untuk membantu menyembuhkan luka dan mengurangkan kesan parut.

Melegakan Kesakitan Kulit
Vitamin A dalam Shea Butter sangat baik untuk memperbaiki kecacatan kulit, alahan, selaran mentari yang mencucuk, kedutan, gigitan serangga dan banyak lagi. Sapukan minyak ‘emas’ di kawasan yang terjejas.


Hanya produk 100% Pure Unrefined Shea Butter sahaja yang mampu memulihkan ekzema!!!

Tips:

Merawat Kerosakan Rambut

Mentega Shea sangat baik sebagai perapi rambut. Ia juga tidak meninggalkan rambut anda kelihatan seperti berminyak. Ia boleh membantu melindungi rambut anda daripada mengering dalam keadaan panas dan mengurangkan rambut keriting. Shea Butter menggalakkan pertumbuhan rambut, mengurangkan kerosakan dan penipisan rambut. Cairkan Shea Butter secukupnya dengan jari anda, kemudian sapukan serta urutkan shea butter ke kulit kepala anda dan biarkan selama 20-30min. Bilas atau cuci rambut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat dan kebaikan penggunaan Shea Butter?

Pengenalan - Shea Butter

Pengenalan : Apa itu Mentega Shea?