Rahsia Herba Berusia 3000 Tahun Terungkap...

Rahsia Herba berusia 3000 tahun terungkap ...


Tahukah anda? Sejenis herba yang berasal dari Afrika Barat yang dikenali dengan pelbagai nama seperti 'Butyrospermum Parkii', Karite atau nama saintifiknya Vetallaria Paradoxa tumbuh meliar tanpa baja dan racun perosak sejak lebih 3000 tahun dahulu lagi.

“Pokok Pemberi” ini menghasilkan buah dan mentega untuk di makan, serta akar dan daun untuk penjagaan kesihatan. Para wanita mendapat banyak manafaat  daripada bahan-bahan kandungan mentega shea dalam mengekalkan keremajaan abadi mereka. 




Mengekalkan Tradisi Pemprosesan hingga kini.. (Video)

Mereka menuai, menghancurkan, memasak, menguli dan membentuk bebola shea tanpa menggunakan sebarang bahan kimia sebagai produk perdagangan. Tradisi pemprosesan mentega shea ini kekal sejak 3000 tahun dahulu dan menjadikan ia produk herba organik yang terulung dengan kepelbagaian penggunaannya terutama di dalam penjagaan kesihatan kulit dan rambut, mengekalkan kesihatan tubuh serta kesejahteraan manusia lampau.

Vitamin & Mineral Lengkap dalam Satu jenis Herba sahaja

Sains telah membuktikan bahawa pengekalan tradisi pemprosesan 'shea butter' ini dapat mengekalkan vitamin, mineral dan zat-zat penting seperti Triglycerides, acid palmik. stearik acid, oleik dan Linolik serta protein penting di dalam mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit serta kelihatan berseri-seri tanpa perlu menggunakan alat solek.

Mentega Shea teramat kaya dengan:
Vitamin A khususnya RETINOL yang mampu memberi keselesaan, menyerlahkan penampilan wajah serta melindungi kulit daripada kekeringan. Ia merangsang sintesis kolagen serta mengekalkan keremajaan kulit.
Vitamin E khususnya TOCOPHEROL pula melambatkan penuaan kulit, mengurangkan kedutan,  mempunyai kesan anti-radang, pelindungan dari sinaran UV serta meningkatkan aktiviti mikrobiologi kulit
Vitamin F khususnya asid LINOLEIK dan ASID LEMAK pula melembapkan lapisan luar kulit dengan menghalang penyejatan air.


Kegunaan dan Khasiat Mentega Shea
Mentega shea mempunyai banyak khasiat, antaranya

  • Ia menyuburkan serta merangsang pertumbuhan rambut
  • keupayaan penyerapan yang dalam serta kelembapan yang bertahan lebih lama
  • Mengurangkan kedutan lama serta mencegah kedutan baru
  • Merangsang ketegangan dan tona warna kulit yang lebih sekata 
  • Mempunyai antioksidan, anti-radang serta efek penyembuhan
  • Melindungi kulit terhadap kesan kerosakan dari unsur angin, selaran matahari serta kesejukan.

Bagi ahli sukan pula. Mentega shea sangat membantu dengan membenarkan pengaliran keluar toxin  dari otot dan sendi dengan lebih cepat dan baik semasa pemulihan.

Hasil rawatan harian dengan mentega shea akan memanafaatkan semua bahagian badan paling kering seperti siku, lutut dan tumit. Mentega shea sangat berkesan untuk tumit kering pada musim panas yang menjadikan ia lembut dan segar.  

Apabila mentega shea disapukan pada luka melecur atau terbakar atau luka kecil, ia dapat mempercepatkan proses penyembuhan. Efek penyembuhan dan anti radang mentega shea sememangnya terunggul.

Semasa waktu mengandung pula, mentega shea mampu membantu untuk mencegah dari terjadinya stretch marks atau selulit, Antara lain ia juga meningkatkan keanjalan payudara.


Secara menyeluruh, terdapat banyak sebab yang baik untuk memasukkan mentega shea di dalam rutin penjagaan kesihatan harian anda.  Terlalu banyak khasiat dari 1 jenis buah yang lengkap dengan bahan yang menyihatkan. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat dan kebaikan penggunaan Shea Butter?

Pengenalan - Shea Butter

Pengenalan : Apa itu Mentega Shea?